dalam mahkamah tinggi di melaka rayuan jenayah daripada

Transkript

dalam mahkamah tinggi di melaka rayuan jenayah daripada
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI MELAKA
RAYUAN JENAYAH DARIPADA MAHKAMAH SESYEN DI MELAKA
NO. ________ TAHUN 2011
ANTARA
PENDAKWA RAYA
…….
PERAYU
DAN
1. RIZAL BIN RAHIM
2. NUR ADINA BINTI
RESPONDENADNAN
…….
RESPONDEN
---------------------------------------------------------------------------------------------DALAM MAHKAMAH SESYEN DI MELAKA
KES TANGKAP NO. 62 – 47 & 48 TAHUN 2009
ANTARA
PENDAKWA RAYA
LAWAN
RIZAL BIN RAHIM
DAN
NUR ADINA BINTI ADNAN
ALASAN PENGHAKIMAN
[1]
Kedua-dua Tertuduh ini iaitu Rizal Bin Rahim (Tertuduh
Pertama) dan Nur Adina Binti Adnan (Tertuduh Kedua) telah
pada asalnya dituduh dan dibicarakan bersama-sama untuk
pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang
1
kemudiannya telah dipinda di bawah Seksyen 403 Kanun
Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
[2]
Pertuduhan pindaan pertama dan kedua adalah seperti berikut:62-47-2009:
Tertuduh Pertama – Rizal Bin Rahim:
Pertuduhan Pindaan Pertama:
“Bahawa kamu bersama-sama Nur Adina Binti Adnan di
antara 11 haribulan November 2008 jam 12.22 tengahari
hingga 27 haribulan November 2008 jam lebih kurang
11.18 pagi, di Pos Malaysia Cheng, dalam Daerah Melaka
Tengah, di dalam Negeri Melaka, telah didapati dengan
curangnya menyalahgunakan harta iaitu harta Amanah
Saham Nasional Berhad (ASNB) sebanyak RM14,300
dengan melakukan jualan balik tanpa pengetahuan pemilik
Atekah Binti Mohamad Yasin K/P: 460520-04-5294. Oleh
yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang
boleh dihukum di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan
dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan”.
Pertuduhan Pindaan Kedua:
“Bahawa kamu bersama-sama Nur Adina Binti Adnan di
antara 21 haribulan November 2008 jam lebih kurang
12.30 tengahari hingga 28 haribulan November 2008 jam
lebih kurang 12.28 tengahari, di Pos Malaysia Cheng,
dalam Daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka,
telah didapati dengan curangnya menyalahgunakan harta
iaitu harta Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
sebanyak RM6,450 dengan melakukan jualan balik tanpa
pengetahuan pemilik Siti Normaidah Binti Hassan
Muhamad K/P: 871104-04-5160. Oleh yang demikian,
kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di
bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama
Seksyen 34 Kanun Keseksaan”.
2
62-48-2009:
Tertuduh Kedua – Nur Adina Binti Adnan:
Pertuduhan Pindaan Pertama:
“Bahawa kamu bersama-sama Rizal Bin Rahim di antara
11 haribulan November 2008 jam 12.22 tengahari hingga
27 haribulan November 2008 jam lebih kurang 11.18 pagi,
di Pos Malaysia Cheng, dalam Daerah Melaka Tengah, di
dalam Negeri Melaka, telah didapati dengan curangnya
menyalahgunakan harta iaitu harta Amanah Saham
Nasional Berhad (ASNB) sebanyak RM14,300 dengan
melakukan jualan balik tanpa pengetahuan pemilik Atekah
Binti Mohamad Yasin K/P: 460520-04-5294. Oleh yang
demikian, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh
dihukum di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca
bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan”.
Pertuduhan Pindaan Kedua:
“Bahawa kamu bersama-sama Rizal Bin Rahim di antara
21 haribulan November 2008 jam lebih kurang 12.30
tengahari hingga 28 haribulan November 2008 jam lebih
kurang 12.28 tengahari, di Pos Malaysia Cheng, dalam
Daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka, telah
didapati dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu
harta Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sebanyak
RM6,450 dengan melakukan jualan balik tanpa
pengetahuan pemilik Siti Normaidah Binti Hassan
Muhamad K/P: 871104-04-5160. Oleh yang demikian,
kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di
bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama
Seksyen 34 Kanun Keseksaan”.
[3]
Kedua-dua Tertuduh ini telah mengaku salah terhadap keduadua pertuduhan pindaan dan faham sifat dan akibat pengakuan
salah tersebut.
3
FAKTA KES:
[4]
Pada 14.3.2008, pengadu iaitu Atekah Binti Mohamad Yasin
telah mengemaskinikan buka ASBnya sendiri nombor akaun
080954587 dan buku ASB anaknya Siti Normaidah Binti Hassan
Muhamad nombor akaun 361788922. Hasil kemaskini pada
tarikh tersebut, pengadu dapati bahawa simpanan beliau adalah
berjumlah RM14,398.52 manakala baki terkini jumlah akaun
ASB anaknya adalah RM6,513.90.
[5]
Walaubagaimanapun, pada 7.1.2009, pengadu sekali lagi telah
mengemaskinikan akaun ASB miliknya dan anaknya dan terkejut
apabila mendapati baki terkini akaun milik pengadu adalah
RM2,655.88 dan baki akaun terkini anaknya adalah RM3,458.97.
Hal ini mengejutkan pengadu kerana beliau dan anaknya tidak
pernah melakukan sebarang pengeluaran atau jualan balik
saham di dalam akaun masing-masing.
Semakan lanjut
pengadu jalankan di Pejabat Pelaburan ASNB Semabok dapati
telah berlaku pengeluaran di Pejabat Pos Melaka.
[6]
Ekoran daripada itu, pengadu telah membuat satu laporan polis
sebagaimana BTG Melaka 8/09.
[7]
Ekoran aduan yang diterima, siasatan telah dijalankan oleh
Azraie Bin Abdul Rahman iaitu Pegawai Penyiasat Pos
Malaysia, dapati pengeluaran telah dilakukan oleh petugas
bernama Nur Adina Binti Adnan, nombor K/P: 791001-05-5396
di Pejabat Pos Cheng, Melaka. Nur Adina Adnan merupakan
seorang kerani kaunter yang bekerja di Pejabat Pos Cheng.
Bidang kerja Nur Adina adalah membuat kerja-kerja di kaunter
termasuk juga membuat urus niaga ASNB. Satu laporan polis
telah dibuat oleh En. Azraie sebagaimana Tanjung Minyak
844/09.
[8]
Bagi sesuatu prosedur pengeluaran ASB, pengeluaran haruslah
mempunyai buku pelabur, nombor kad pengenalan pelabur, cap
jari dan tandatangan pelabur, Borang ASB 31 dan bagi
pengeluaran melebihi RM500, ID kedua iaitu ID Ketua Pos
diperlukan.
4
[9]
Pada bulan November 2008, Nur Adina telah didatangi oleh
Rizal meminta tolong Nur Adina untuk membuat pengeluaran
ASB emak saudaranya yang bernama Atekah. Nur Adina telah
mengenali Rizal semenjak Ogos 2001 semasa Rizal masih
bekerja bersama di Pos Malaysia, Bukit Baru di Unit ODA
SAHAJA. Walaubagaimanapun, Rizal telah diberhentikan oleh
Pos Malaysia pada 8.5.2003 kerana terdapatnya penyelewengan
yang dilakukan Rizal.
[10] Rizal telah datang membawa Borang ASB 31 tanpa buku
pelabur dan meminta pertolongan Nur Adina untuk membuat
pengeluaran kerana emak saudaranya sakit dan memerlukan
duit.
[11] Nur Adina telah mempercayai kata-kata Rizal dan telah
membantu membuat pengeluaran wang setelah Rizal
menyerahkan Borang ASB 31 yang telah diturunkan cap jarinya.
Bersama-sama Borang ASB 31 ini, Rizal turut menyerahkan
kertas kecil yang tertera nombor buku ASB pelabur. Rizal yang
pernah bekerja bersama Pos Malaysia sebelum ini mengetahui
prosedur pengeluaran wang ASB dan untuk itu, Rizal telah
meminta pertolongan Nur Adina untuk membantunya membuat
pengeluaran wang dari buku ASB pengadu dan anaknya dan
Nur Adina akan mengisi butir-butir pengadu dan anak pengadu
yang harus diisi di dalam Borang ASB 31 yang telah dicap jari
oleh Rizal.
[12] Setelah diserahkan, Nur Adina akan memasuki system ASB dan
memasukkan nombor buku yang diberikan.
[13] Memandangkan bagi pengeluaran melebihi RM500, ID kedua
iaitu ID Ketua Pos diperlukan. Oleh kerana selalu melihat Ketua
Posnya bernama Ramaiyee memasukkan IDnya, Nur Adina
telah mengetahui ID Ramaiyee iaitu “RAMAIYEE”. Ketua Pos
Cheng, Ramaiyee a/p Karuppanan mengesahkan bahawa ada
ketikanya apabila beliau memasukkan IDnya, keraninya Nur
Adina akan melihat ID yang ditekan dan oleh kerana IDnya
ditekan berkali-kali setiap hari, maka Ramaiyee mengesyaki
IDnya telah diketahui dan digunakan oleh Nur Adina untuk
meluluskan pengeluaran wang ASB yang melebihi RM500.
5
Sepanjang tempoh bulan November 2008, Ramaiyee menafikan
ada meluluskan pengeluaran wang tunai dari buku ASB pengadu
dan anaknya.
[14] Setelah selesai pengeluaran, Nur Adina telah menyerahkan duit
yang dikeluarkan kepada Rizal beserta salinan slip Borang ASB
31 berwarna kuning kepada Rizal.
[15] Setelah mendapat duit, Rizal telah keluar meninggalkan pejabat
pos dan Nur Adina menyatakan tidak pernah menerima duit
yang dikeluarkan Rizal kerana Nur Adina percaya duit tersebut
adalah milik emak saudaranya yang sakit dan hanya ingin
membantu Rizal biarpun Nur Adina mengetahui tindakannya
adalah menyalahi prosedur Pos Malaysia.
[16] Sepanjang November 2008, atas permintaan Rizal, Nur Adina
telah membuat pengeluaran wang dari akaun pengadu Atekah
sebanyak 4 transaksi iaitu sebagaimana berikut:(i)
11.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM5,000.
(ii)
14.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM5,000.
(iii)
18.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM3,500.
(iv)
27.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM800.
[17] Manakala pengeluaran dari akaun anak pengadu Siti Normaidah
adalah sebanyak 3 transaksi sebagaimana berikut:(i)
21.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM1,000.
(ii)
24.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM5,000.
(iii)
28.11.2008 – pengeluaran sebanyak RM450.
[18] Berdasarkan slip pengeluaran Borang ASB 31, tertera 3 elemen
iaitu ID Safe, ID Operator dan No. Mesin. Berdasarkan slip
pengeluaran 7 transaksi di atas, jelas tertera ID Safe nombor
6
7153 iaitu ID Safe kepunyaan Nur Adina dan ID Operator tertera
‘NA’ iaitu singkatan bagi nama Nur Adina iaitu Nana.
[19] Nur Adina di dalam ketujuh-tujuh transaksi telah mengikut
arahan dan telunjuk Rizal. Ini jelas ketara apabila terdapatnya
mesej yang dihantar Rizal kepada Nur Adina sebagaimana
laporan pemeriksaan muka surat 33 yang berbunyi, “kau cakap
le setiap pengeluaran mesti ada pengesahan daripada Ketua
Pos”, “dia akan soal base on fakta, dia akan tanya betul ke ni ID
kau, time ni le kau boleh kenakan Ramaiyee”.
[20] Di Pejabat Pos Cheng, semasa bulan November 2008, terdapat
2 lagi kerani selain daripada Nur Adina iaitu Siti Salfizah Abdul
Rani dan Hanizam Binti Muhamed. Menurut Siti Salfizah dan
Hanizam, sepanjang bulan November 2008, mereka tidak
pernah membuat sebarang transaksi pengeluaran wang
daripada buku ASB pengadu atau anaknya dan mereka tidak
mengetahui kata ID Ketua Pos Cheng.
[21] Siasatan polis telah dijalankan di mana rampasan terhadap
barang-barang kes berikut dibuat:(a)
2 buku akaun simpanan ASB pengadu dan anaknya.
(b)
7 keping Borang ASNB 31 Amanah Saham Nasional
Berhad yang digunakan untuk pengeluaran wang.
(c)
4 keping Borang ASNB 31 Amanah Saham Nasional
Berhad bertulisan tangan Nur Adina Adnan.
(d)
1 surat permohonan jawatan kerani bertulisan tangan Nur
Adina Adnan.
(e)
2 borang permohonan cuti bertulisan tangan Nur Adina
Adnan.
(f)
3 Borang ASNB 31 yang bertulisan tangan pengadu
Atekah.
(g)
1 kertas putih bertulisan tangan milik pengadu Atekah.
7
(h)
5 borang ASNB 31 bertulisan tangan milik Rizal Rahim.
(i)
1 buku kecil note book biru bertulisan tangan Rizal Rahim.
(j)
Handphone Nokia 5200 milik Nur Adina berserta Sim Kad
nombor siri 8960010411329134732 dan 1 kad memori
jenis micro SD bersaiz 512.
[22] Kesemua barang kes yang dirampas telah dihantar ke Jabatan
Makmal Forensik PDRM dan juga Pusat Pendaftaran
Penjenayah Bukit Aman.
Laporan pengesahan cap jari
mengesahkan bahawa cap jari yang berada pada ketujuh-tujuh
Borang ASB 31 yang digunakan untuk pengeluaran wang tunai
milik pengadu dan anaknya adalah milik Rizal.
[23] Manakala laporan pemeriksaan dokumen telah mengesahkan
bahawa tulisan tangan pada ketujuh-tujuh Borang ASB 31 yang
digunakan untuk pengeluaran wang tunai milik pengadu dan
anaknya adalah milik Nur Adina.
[24] Laporan Seksyen Jenayah Komputer PDRM yang memeriksa
handphone Nokia 5200 milik Nur Adina mengesahkan
terdapatnya mesej yang dihantar Rizal kepada Nur Adina
tentang pengeluaran wang ASB.
[25] Setelah kedua-dua mengaku fakta kes dan semua ekshibit yang
dikemukakan, juga setelah mendengar rayuan yang telah dibuat
oleh peguambela untuk Tertuduh Pertama dan peguambela
Kedua.
[26] Untuk kedua-dua pertuduhan tersebut, Mahkamah telah
membenarkan Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua ini diikat
jamin berkelakuan baik selama 2 tahun dengan jaminan
sebanyak RM5,000 (tanpa cagaran) dengan seorang penjamin
di bawah Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah.
[27] Di dalam rayuannya, peguambela kepada Tertuduh Pertama
(Rizal) iaitu Encik Azrul telah menyatakan seperti berikut:-
8
[28] Rizal Bin Ibrahim (Tertuduh Pertama) adalah kini berusia lebih
kurang 33 tahun dan semasa kejadian berusia lingkungan 30
tahun dan ketika kejadian berlaku adalah merupakan bekas
kakitangan Pos Malaysia Berhad.
Telah berkahwin dan
mempunyai 3 orang cahaya mata. Tertuduh Pertama kini
mempunyai perniagaan di kantin asrama penuh iaitu perniagaan
yang tetap yang diusahakan bersama ibunya bagi menyara
keluarga mereka. Bapa Tertuduh Pertama telah meninggal
dunia dan kini Tertuduh Pertama menjadi pencari sumber
pendapatan kepada keluarga beliau. Lesen perniagaan tersebut
adalah di bawah dan usaha Tertuduh Pertama sendiri. Malah di
dalam kes ini, Tertuduh Pertama dan pengadu-pengadu
mempunyai pertalian darah dan pengadu sendiri yang
membesarkan Tertuduh Pertama bersama ibu Tertuduh
Pertama. Jika pengadu selaku nenek dan mak saudara boleh
memaafkan dan mengampunkan Tertuduh Pertama, maka kami
pohonkan di sini agar Tertuduh Pertama diberikan satu peluang
kedua dalam hidupnya.
Tertuduh Pertama ini merupakan
pesalah kali pertama dan wajar diberikan peluang untuk terus
bersama keluarga dan masyarakat memandangkan masyarakat
sendiri khususnya nenek dan keluarganya masih menerima
beliau dengan penuh kasih sayang. Tertuduh Pertama sangat
menyesal atas apa yang berlaku dan bertekad dalam hati dan
berjanji pada Mahkamah Yang Mulia Ini dan nenek serta ibu
saudara beliau bahawa beliau tidak akan mengulangi kesalahan
beliau ini lagi.
[29] Begitu juga peguambela untuk Tertuduh Kedua (Nur Adina) iaitu
Encik Maniam Nair telah menyatakan seperti berikut:[30] Tertuduh Kedua semasa kejadian berusia lebih kurang 29 tahun.
Kini Tertuduh Kedua berusia 32 tahun.
[31] Ini adalah merupakan kesalahan pertama Tertuduh Kedua.
[32] Tertuduh Kedua telah berumahtangga sejak tahun 1999. Beliau
mempunyai 4 orang anak yang masih kecil dan bersekolah yang
mana masing-masing berusia 12 tahun, 10 tahun, 6 tahun dan 1
tahun 4 bulan. Kini Tertuduh Kedua juga sedang mengandung
anak kelima yang mana usia kandungan adalah 7 bulan.
9
[33] Tertuduh Kedua telah mula bekerja dengan Pos Malaysia sejak
dari tahun 2001 dan sehingga tarikh kejadian Tertuduh Kedua
telah bekerja hampir 10 tahun.
[34] Walaubagaimanapun, akibat dari kes ini, Tertuduh Kedua telah
dibuang kerja dari Pos Malaysia dalam bulan Mei 2010 yang
mana pada ketika itu, Tertuduh Kedua berjawatan kerani di Pos
Cheng, Melaka. Ini juga merupakan satu bentuk hukuman yang
telah beliau terima.
[35] Kini suaminya sahaja yang bekerja dan merupakan ‘sole bread
winner’ kepada keluarga. Suaminya hanyalah bekerja sebagai
pemandu lori di KTM (Keretapi Tanah Melayu Berhad) dan
mempunyai pendapatan yang kecil dan tidak tetap yang mana
beliau terpaksa melakukan kerja lebih masa demi untuk
menampung keluarganya.
[36] Bapa dan ibu beliau kini sudah uzur. Bapa beliau menghidap
penyakit darah tinggi, sakit jantung dan semput dan sering kali
dimasukkan ke hospital kerana penyakit-penyakit yang
dialaminya serta memerlukan rawatan dari masa ke semasa.
Manakala ibunya mengalami penyakit darah tinggi dan perlu jua
mendapatkan rawatan dari masa ke semasa.
[37] Tertuduh Kedua juga telah bertemu dengan pengadu dalam kes
ini dan telah memohon maaf kepada mereka.
[38] Malah pengadu sendiri telah menulis surat kepada pihak
pendakwaan di Melaka melalui surat bertarikh 17.8.2010 (mohon
rujuk Lampiran 5) untuk menarik balik laporan polis yang
dibuatnya iaitu Batang Melaka Report No. 8/09. Pengadu juga
telah turut membuat laporan polis pada 19.8.2010 melalui
Batang Melaka Report No. 245/10 bahawa beliau ingin menarik
balik laporan polis yang telah dibuat olehnya (mohon rujuk
Lampiran 6).
[39] Tambahan pula, sepertimana yang telah dinyatakan oleh
pengadu dalam suratnya bertarikh 17.8.2010 (Lampiran 5),
beliau (Atekah Binti Mohd Yasin) dan anaknya iaitu Siti
Normaidah Binti Hassan Muhammad telah menerima gantirugi di
10
atas kehilangan duit pelaburan ASB.
pengadu tidak wujud lagi kerugian.
Justeru itu, di pihak
Justeru itu, mohon agar Tertuduh Kedua diberikan ‘bound over’
di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan di atas faktor-faktor
rayuan di atas dan autoriti-autoriti yang dikemukakan di atas.
Kami juga ingin menarik perhatian Mahkamah Yang Mulia Ini
kepada kes Tan Tek Seng v PP [1990] 3 CLJ (Rep) 196 di Held
(5) (Lampiran 7), yang mana kesalahan adalah di bawah
Seksyen 409 Kanun Keseksaan melibatkan seorang guru besar
yang mana perintah Seksyen 173 A Kanun Prosedur Jenayah
(tanpa rekod sabitan) telah diberikan oleh Mahkamah Sesyen
yang dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi. Di dalam kes di
hadapan Mahkamah Yang Mulia Ini, Tertuduh Kedua hanya
memohon perintah di bawah Seksyen 294 Kanun Prosedur
Jenayah (dengan rekod sabitan).
Sebagai tambahan, kami juga merujuk kepada kes-kes berikut di
mana walaupun hukuman penjara adalah mandatori, Mahkamah
mempunyai kuasa budi bicara untuk menjatuhkan hukuman
selain penjara.
(a)
Winston Rajah v PP [1999] 1 CLJ 315 di Held [2b]
(Mahkamah Tinggi) di Lampiran (8) – Tertuduh yang
merupakan pesalah pertama telah disabitkan di bawah
Seksyen 379 A Kanun Keseksaan. Mahkamah telah
memberikan ‘bound over’ di bawah Seksyen 294 Kanun
Acara Jenayah. (Dalam kes ini Mahkamah telah merujuk
kepada kes PP v Mohd Tajuddin (Unreported) di muka
surat 318 para (i) yang merupakan kes rogol bawah umur
yang mempunyai peruntukan mandatori penjara 5 tahun.
(b)
Lim Yoon Fah v PP [1971] 1 MLJ 37 di Lampiran (9) –
Tertuduh yang berumur 20 tahun 7 bulan semasa
melakukan kesalahan telah disabitkan di bawah Seksyen
392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.
Kes ini
melibatkan keganasan.
Namun demikian, Mahkamah
telah menggunakan budi bicara untuk memberikan ‘bound
over’ di bawah Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah.
11
[40] Berdasarkan alasan-alasan tersebut dan terutamanya pihak
pengadu sendiri telah memaafkan mereka dan atas dasar
kemanusiaan telah pohon agar kes ini ditarik balik, maka saya
berkeyakinan bahawa perintah diikat jamin berkelakuan baik
untuk kedua-dua Tertuduh tersebut adalah sangat wajar dan
adil.
Bertarikh 7hb Oktober 2011.
………… ………………………..
(ZAHARAH BINTI HUSSAIN)
Hakim
Mahkamah Sesyen,
Melaka.
12

Benzer belgeler