1 1 AMALAN PENGURUSAN RISIKO SUKAN PENSYARAH

Transkript

1 1 AMALAN PENGURUSAN RISIKO SUKAN PENSYARAH
1
AMALAN PENGURUSAN RISIKO SUKAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA :
PROPOSAL KAJIAN.
Fatimah Mustaffa ([email protected]) Institut Pendidikan Guru Malaysia & Ahmad bin Esa
([email protected]) , Universiti Tun Hussin Onn Malaysia.
Abstrak
Pengurusan risiko penting dalam industri sukan bagi menyedia dan memastikan persekitaran selamat
untuk setiap program sukan . Pengurusan risiko sukan bertujuan bagi mengawal , mengelak dan
meminimakan risiko kemalangan dan kecederaan. Negara-negara maju seperti Australia dan United
Kingdom telah guna pakai model pengurusan risiko yang standard . Ini menunjukkan organisasi yang
menawarkan atau melaksanakan program atau aktiviti sukan, model pengurusan risiko sukan sangat
penting dan perlu ada satu model yang standard. Walau bagaimana pun institusi pendidikan di Malaysia
tiada model amalan pengurusan risiko sukan yang standard yang boleh diguna pakai oleh guru,
pensyarah dan pentadbir sukan bagi mewujudkan sifar risiko dalam sukan dan meningkatkan
penglibatan masyarakat dalam sukan. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan Amalan Pengurusan
Risiko Sukan (APRS) Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia . Bagi mengenal pasti komponen
APRS , pendekatan kualitatif dengan menggunakan instrumen analisis dokumen dan protokal temu bual
pakar. Data analisis dokumen dianalisis menggunakan kaedah meta analisis bagi mengenal pasti faktor
APRS, manakala data temubual pakar di analisis secara manual menggunakan jadual matriks kekerapan.
Analisis keboleh percayaan Cohen Kappa diguna bagi menentukan indeks persetujuan keseluruhan item
bagi setiap konstruk amalan pengurusan risiko sukan. Dapatan nilai pekali Kappa secara keseluruhannya
adalah 0.82 , iaitu menunjukkan tahap persetujuan yang sangat baik . Hasil dapatan kajian mendapati
komponen utama APRS adalah pengenalpastian, penilaian, pemilihan operasi dan pelaksanaan.
Kata kunci : Amalan , Pengurusan Risiko, Sukan dan Pensyarah.
1.0 Pengenalan
Pengurusan risiko dalam sukan merupakan isu yang semakin dititikberatkan oleh organisasi
sukan terutama program sukan sekolah. Pengurusan risiko sukan mula mendapat perhatian pada awal
tahun 1970-an (Aman 2006) dan menjadi semakin serius pada awal alaf baru ini. Sekendiz (2011),
Laroche & Corbelt (2011) sependapat bahawa sukan kini telah bertukar daripada aktiviti senggang
kepada aktiviti profesion termasuk sebagai industri, atlit dan pensyarah profesional. Sesiapa sahaja
yang berada dalam profesion sukan termasuk atlet, pengurus pasukan, pensyarah sukan, pegawai sukan,
penganjur temasya sukan mahupun pengeluar barangan sukan terdedah kepada risiko.
Pengurusan risiko sukan bertujuan mengelakkan dan meminimum kemalangan dalam sukan
(Ang , 2007; Wong & Chen, 2010, Rejda 2011). Menurut Keehan (2009), kebanyakan tuntutan berkaitan
risiko sukan yang dibuat keatas pendidik atau pensyarah Amerika kebanyakannya berkaitan dengan
sukan olahraga. Statistik menunjukkan 38 % adalah kerana risiko kecederaan di alami semasa sukan
kompetetif, 62 % adalah risiko kecederaan yang berkaitan dengan amalan pensyarah dan semasa latihan.
Menurut Wong & Chen, (2010) faktor penyebab kemalangan akibat kecuaian manusia semasa
pengurusan dan pengelolaan program sukan, penggunaan dan penyelenggaraan kemudahan dan
peralatan sukan yang tidak selamat. Faktor lain ialah seperti kurang pengetahuan (Harun 2012, Kassim
1
2
2012, Thomas 2012) dalam kalangan peserta tentang risiko sesuatu aktiviti sebelum mengambil
bahagian, pihak penganjur kurang bersedia dengan tindakan kecemasan dan peraturan yang tidak
lengkap (Sulaiman 2010, Slade 2010 , Thomas 2010, dan Thomas 2012). Semua ini merupakan kecuaian
dalam sukan antara penyebab berlakunya kemalangan.
Dalam institusi pendidikan di Malaysia tiada model amalan pengurusan risiko sukan yang
standard yang boleh diguna pakai oleh guru, pensyarah dan pentadbir sukan bagi mewujudkan sifar
risiko dalam sukan dan meningkatkan penglibatan masyarakat dalam sukan. Kementerian Pendidikan
Malaysia sepatutunya sudah ada dan bersedia dengan pelan amalan pengurusan risiko bagi memastikan
keselamatan semua perkakas dan peralatan serta keperluan aktiviti sukan (Utusan Malaysia, 2011). Di
Institusi pendidikan di Malaysia hanya berpandukan pada pekeliling – pekeliling ikhtisas yang di
keluarkan mengikut keperluan semasa ( Abdul Rahim 2006, Sang 2008 , KPM 2012) . Oleh sebab itu
pensyarah sukan hanya membina model pengurusan risiko mengikut kreativiti mereka berdasarkan
pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan pekeliling ikhtisas yang menekankan peraturan keselamatan
di padang, gelanggang dan kolam renang (Abdul Razak, Ismail & Panting 2009, Sang 2011, SPI, 1988 dan
SPI 2000) . Selain itu beberapa aspek keselamatan seperti keselamatan am, keselamatan diri dan rakanrakan serta keselamatan alatan dan kawasan (Nord & Moore 2008, Sulaiman 2010, Harun 2012) adalah
isu-isu yang penting dan perlu diberi perhatian untuk memastikan persekitaran kerja dan suasana
aktiviti sukan yang teratur dan selamat untuk mengelak kejadian kemalangan yang mengakibatkan
kecederaan (Teng 2005, Che Lan 2008, Daroji & Chia, 2012) . Oleh kerana tiada model amalan
pengurusan risiko yang standard , penyelidik akan menjalankan penyelidikan dan berusaha untuk
menghasilkan kerangka model amalan pengurusan risiko.
Kajian ini bertujuan untuk :
1. Membentuk komponen utama amalan pengurusan risiko sukan pensyarah IPG.
2. Mengenalpasti komponen utama amalan pengurusan risiko sukan ini sesuai dengan situasi di
Malaysia.
2.0 Penyataan Masalah
Dalam pengurusan risiko, risiko kecuaian dan kebimbangan risiko sering dijadikan isu utama oleh
ibu bapa dan penjaga untuk mengemukakan saman terhadap guru dan pihak sekolah. Dalam kes saman
menyaman, biasanya guru akan dijadikan sebagai defendan utama dalam kes yang dibawa oleh ibu bapa
plaintif, pengetua sebagai defendan kedua dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga (Tie, 2004).
Keadaan ini memerlukan semua pihak yang berada di dalam sesebuah sekolah terutamanya pengurus
sekolah dan pensyarah mengamalkan pengurusan risiko (Zimmerman, 2007) dan peka dengan
peraturan-peraturan, akta dan pekeliling-pekeliling dari pihak Kementerian Pelajaran untuk tujuan
perlindungan.
Menurut kepada Comer (1998), perancangan model amalan pengurusan risiko antara kaedah
untuk mencegah dan melindungi masalah boleh digunakan untuk menjadikan sebagai satu garis
panduan pada masa kini dan akan datang. Perancangan model tersebut menjurus kepada aspek-aspek
pencegahan, perlindungan dan keselamatan sekolah untuk bebas daripada elemen-elemen negatif
(Abdul Razak, Ismail & Panting 2009, Che Lah 2009) seperti kecederaan semasa program sukan.
Melalui kajian awal di laksanakan terhadap guru besar dan pensyarah sukan menunjukkan
wujud permasalahan dari aspek amalan pengurusan risiko sukan yang dapat dikenal pasti dari maklum
balas dan reaksi yang telah diberikan oleh guru besar dan pensyarah sukan. Antara maklum balas
2
3
diperoleh daripada pensyarah, setiausaha sukan dan guru besar sependapat menyatakan “Setakat dan
sehingga hari ini belum ada model pengurusan risiko yang khusus di keluarkan oleh kementerian atau
sekolah. tenaga pengajar dan pensyarah sukan menggunakan pengalaman sedia ada serta berdasarkan
pembacaan dalam melaksanakan pengurusan risiko” . Selain dari itu, guru besar dan pensyarah turut
memberi pandangan perlu ada satu model pengurusan yang khusus. Berdasarkan pandangan mereka
“Pentadbir kurang mengambil berat model amalan pengurusan risiko. Pentadbir mempunyai staff
berkelayakan tetapi tidak meletakkan personel yang layak. Prasarana dan personel tak selari oleh sebab
itu penyelenggaraan tiada didokumenkan dan dilakukan secara berkala sebab personel
bertanggungjawab tiada pengetahuan dan tiada model amalan pengurusan risiko yang khusus atau
standard.” Oleh itu , satu penyelidikan dijalankan untuk mengenal pasti kerangka model amalan
pengurusan risiko sukan yang diperlukan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia .
4.0 Metadologi
Bagi mengenal pasti komponen APRS , pendekatan kualitatif dengan menggunakan instrumen
analisis dokumen dan protokal temu bual pakar. Analisis dokumen dilakukan oleh pengkaji untuk
mengenalpasti komponen utama bagi menilai pengurusan risiko pensyarah dalam konteks pensyarah
kompeten amalan pengurusan risiko. Menurut Hassan (2012) kaedah semakan dokumen merupakan
alat paling sesuai untuk mengumpul maklumat dalam kajian kualitatif. Menurut Sang (2009) , bahan dan
sumber yang boleh dijadikan sebagai dokumen bagi melaksanakan analisis dan interpresstasi di
antaranya seperti jurnal, buku, kajian literatur dan kertas kerja ilmiah. Data analisis dokumen dianalisis
menggunakan kaedah meta analisis bagi mengenal pasti faktor APRS, manakala data temu bual pakar di
analisis secara manual menggunakan jadual matriks kekerapan. Analisis keboleh percayaan Cohen Kappa
diguna bagi menentukan indeks persetujuan keseluruhan item bagi setiap konstruk amalan pengurusan
risiko sukan. Skala persetujuan Kappa seperti berikut,
Jadual 4.1 Skala Persetujuan Kappa.
Nilai Kappa
Kurang dari 0.00
0.0 – 0.02
0.21 – 0.40
0.41 – 0.60
0.61 – 0.80
0.81 ke atas
Interpretasi
Lemah
Tidak Memuaskan
Kurang Memuaskan
Sederhana
Baik
Sangat baik
Nilai pekali persetujuan dihitung menggunakan formula yang diperkenalkan oleh Cohen Kappa (1960) ,
formulanya K = (fa-fc) ÷ ( N – fc) dimana K ialah nilai pekali, fa adalah unit persetujuan dan fc adalah unit
kemungkinan yang ditetapkan pada paras lima puluh peratus, dan nilai N ialah bilangan unit transkripsi
atau konstruk yang diuji nilai persetujuannya.
3
4
4.0 Dapatan Kajian dan perbincangan.
Melalui analisis dokumen, pengkaji memperolehi dapatan data seperti yang telah dirumuskan di
jadual 4.1 yang dirujuk daripada hasil kajian pengkaji terdahulu tentang komponen utama amalan
pengurusan risiko. Antara kajian yang berkaitan dengan amalan pengurusan risiko sukan yang dirujuk
adalah seperti Kaiser (1986), Rejda (2002), Fuller (1999), Berlonghi (1990 ), Celement 1988 , Van der
Mission 1990) dan Head & Horn (1991) yang berkaitan dengan amalan pengurusan risiko sukan.
Model amalan pengurusan risiko Kaiser (1986) merangkumi pengenalpastian, penilaian,
pemilihan dan pelaksanaan. Pelan amalan pengurusan risiko yang digariskan oleh Rejda (2002,2011)
iaitu (i) mengenal pasti pendedahan kerugian, (ii) mengukur dan menganalisisi pendedahan kerugian, (iii)
memilih kombinasi yang sesuai untuk merawat pendedahan kerugian, dan (iv) Melaksana dan
memantau program pengurusan risiko. Menurut Fuller (1999) amalan pengurusan risiko ialah
pengenalpastian bahaya, penilaian kemungkinan bahawa ini boleh menyebabkan kemudaratan yang
sebenar, pengenalan dan pelaksanaan langkah-langkah untuk mengurangkan tahap risiko, semakan
prestasi dan komunikasi maklumat risiko kepada semua pihak yang berkepentingan. Berlonghi (1990)
menjelaskan amalan pengurusan risiko yang berkesan perlu mengenal pasti sebagai liabiliti dan banyak
faktor-faktor risiko yang mungkin, mengelakkan penyelesaian alternatif, dan membuat syor-syor yang
berkesan kos. Terdapat lima langkah-langkah yang berkait rapat pelan pengurusan risiko Berlonghi iaitu
analisis risiko, mengkaji teknik pengurusan risiko, perancangan tindakan dan teknik yang berkesan dan
sesuai, melaksanakan cadangan pengurusan risiko, dan menilai dan memperbaiki program pengurusan
risiko. Menurut Clement (1998), satu program pengurusan risiko memerlukan satu pengawasan dan
penyeliaan sistemantik alam sekitar, dengan mengenal pasti potensi untuk kerugian dan liabiliti undangundang. Ini sistem yang menyeluruh pengenalan, penilaian dan kawalan mempunyai tujuan membuat
sukan dan persekitaran senaman sebagai selamat yang mungkin untuk peserta dan penonton, dan
perniagaan yang cekap menggunakan amalan perniagaan yang diterima. Model amalan pengurusan
risiko sukan Van Der Smissen (1990) merangkumi empat fasa iaitu menganalisis risiko dan menentukan
pendekatan untuk mengawal, mendapatkan penyata dasar yang berkaitan dengan dasar-dasar yang
disyorkan dari entiti yang membuat dasar, menyatakan amalan operasi wajar dikenalpasti dan format
ke dalam pelan, dan melaksanakan plan. Model Head dan Horn (1991) pengurusan risiko melibatkan
empat langkah: mengenal pasti potensi kerugian, menilai potensi kerugian, memilih teknik yang sesuai
untuk merawat pendedahan kerugian, dan melaksanakan dan mentadbir program. Ringkasan
perbandingan konstruk amalan pengurusan risiko sukan berdasarkan analisis dokumen ditunjukkan
dalam Jadual 4.1
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
Analisis
Risiko
X
X
Anggaran
X
X
Kawalan
Pelaksana
an
X
X
X
X
X
X
X
Pemilihan
Operasi
Model
Kaiser 1986
Rejda 2002
Fuller 1999
Berlonghi 1990
Celement 1988
Van der Mission 1990
Head & Horn 1991
Penilaian
Peringkat
Pengenal
pastian
Jadual 4.1 Perbandingan konstruk amalan Pengurusan Risiko Sukan berdasarkan Analisis Dokumen.
X
X
X
X
X
X
X
4
5
Berdasarkan kupasan dan petikan literatur di tunjukkan dalam Jadual 4.1, pengkaji telah
menyenaraikan komponen utama yang kerap dan banyak dinyatakan oleh pengkaji terdahulu sebagai
faktor yang mempengaruhi pensyarah kompeten pengurusan risiko sukan, di antaranya ialah
Pengenalpastian; (ii) Penilaian; (iii) Pemilihan Operasi dan (iv) Pelaksanaan.
Jadual 4.2 Perbandingan konstruk Amalan Pengurusan Risiko Sukan berdasarkan Pakar.
Bil.
1.
2.
3.
4.
Konstruk Pengurusan Risiko
Pengenalpastian
Penilaian
Pemilihan Operasi
Pelaksanaan
Pakar 1
X
X
X
X
Pakar 2
X
X
X
X
Pakar 3
X
X
X
Berdasarkan dapatan analisis dokumen dan protokol temubual , boleh dinyatakan bahawa
konstruk bagi amalan pengurusan risiko sukan adalah (i) Pengenalpastian; (ii) Penilaian; (iii) Pemilihan
Operasi dan (iv) Pelaksanaan. Oleh yang demikian, pembentukan 4 konstruk boleh diteruskan bagi
membentuk dimensi konstruk dalam pembinaan item bagi amalan pengurusan risiko sukan.
4.1 Dapatan Analisis Dokumen Pembentukan Dimensi Amalan Pengurusan Risiko Sukan.
Jadual 4.1.1 Dimensi amalan pengenalpastian.
Dimensi Amalan Pengenalpastian
1.
2.
3.
Liabiliti dan Tort
Peralatan dan kemudahan
Demografi Pensyarah
Van Der
Mission 1990
x
x
x
Peterson &
Hronek (2003),
x
x
Zimmerman
(2007)
x
x
Jadual 4.1.1 menunjukkan perbandingan kupasan pengkaji terdahulu terhadap amalan
pengenalpastian yang perlu ada pada pensyarah . Berdasarkan jadual tersebut menjelaskan dimensi
amalan pengenalpastian yang kerap dinyatakan ialah liabiliti dan tort, peralatan dan kemudahan, dan
demografi pensyarah.
Jadual 4.1.2 Dimensi amalan penilaian.
Dimensi Amalan Penilaian
1.
2.
Dasar (Pekeliling Ikhtisas & ISO)
Amaran risiko yang wujud.
Van Der
Mission 1990
x
x
Peterson &
Hronek (2003),
x
x
Zimmerman
(2007)
x
x
Jadual 4.1.2 menunjukkan perbandingan kupasan pengkaji terdahulu terhadap amalan penilaian
yang perlu ada pada pensyarah . Berdasarkan jadual tersebut menjelaskan dimensi amalan penilaian
yang kerap dinyatakan ialah Dasar dan Amaran risiko yang wujud.
5
6
Jadual 4.1.3 Dimensi amalan pemilihan operasi.
Dimensi Amalan Pemilihan Operasi
1.
2.
3.
Komunikasi
Teknologi
Pengurusan
Pengangkutan
kecemasan
Van Der
Mission 1990
Peterson &
Hronek (2003),
x
x
x
x
x
dan
Special
Olympic
Coaching Guide
(2003)
x
x
Jadual 4.1.3 menunjukkan perbandingan kupasan pengkaji terdahulu terhadap amalan
pemilihan operasi yang perlu ada pada pensyarah . Berdasarkan jadual tersebut menjelaskan dimensi
amalan pemilihan operasi yang kerap dinyatakan ialah komunikasi, teknologi dan pengurusan
kecemasan dan pengangkutan.
Jadual 4.1.4 Dimensi amalan pelaksanaan pengurusan risiko sukan.
Dimensi Amalan pelaksanaan
1.
2.
3.
Penyeliaan
Latihan
Aktiviti / Program sukan
Peterson &
Hronek (2003),
x
x
x
Special
Aaron (2005)
Olympic
Coaching Guide
(2003)
x
x
x
x
Jadual 4.1.4 menunjukkan perbandingan kupasan pengkaji terdahulu terhadap amalan
pelaksanaan yang perlu ada pada pensyarah . Berdasarkan jadual tersebut menjelaskan dimensi amalan
pelaksanaan yang kerap dinyatakan ialah penyeliaan, latihan dan aktiviti / program sukan.
4.2 Dapatan Protokol Temu bual Pakar Pembentukan Dimensi Amalan Pengurusan Risiko Sukan.
Jadual 4.2.1 Dimensi amalan pengenalpastian pengurusan risiko sukan.
1.
2.
3.
Dimensi Amalan Pengenalpastian
Liabiliti dan Tort
Peralatan dan kemudahan
Demografi Pensyarah
Pakar 1
x
x
x
Pakar 2
x
x
x
Jadual 4.2.1 menunjukkan perbandingan dapatan data protokal temubual terhadap amalan
pengenalpastian yang perlu ada pada pensyarah . Berdasarkan jadual tersebut menjelaskan dimensi
amalan pengenalpastian yang kerap dinyatakan ialah liabiliti dan tort, peralatan dan kemudahan, dan
demografi pensyarah.
6
7
Jadual 4.2.2 Dimensi amalan penilaian pengurusan risiko sukan.
1.
2.
Dimensi Amalan Penilaian
Dasar (Pekeliling Ikhtisas & ISO)
Amaran risiko yang wujud.
Pakar 1
x
x
Pakar 2
x
x
Jadual 4.2.2 menunjukkan perbandingan dapatan data protokal temubual terhadap amalan
penilaian yang perlu ada pada pensyarah . Berdasarkan jadual tersebut menjelaskan dimensi amalan
penilaian yang kerap dinyatakan ialah Dasar dan Amaran risiko yang wujud.
Jadual 4.2.3 Dimensi amalan pemilihan operasi pengurusan risiko sukan.
1.
2.
3.
Dimensi Amalan Pemilihan Operasi
Komunikasi
Teknologi
Pengurusan kecemasan dan Pengangkutan
Pakar 1
x
x
x
Pakar 2
x
x
x
Jadual 4.2.3 menunjukkan perbandingan dapatan data protokal temubual terhadap amalan
pemilihan operasi yang perlu ada pada pensyarah . Berdasarkan jadual tersebut menjelaskan dimensi
amalan pemilihan operasi yang kerap dinyatakan ialah komunikasi, teknologi dan pengurusan
kecemasan dan pengangkutan.
Jadual 4.2.4 Dimensi amalan pelaksanaan pengurusan risiko sukan.
1.
2.
3.
Dimensi Amalan pelaksanaan
Penyeliaan
Latihan
Aktiviti / Program sukan
Pakar 1
x
x
x
Pakar 2
x
Jadual 4.2.4 menunjukkan perbandingan dapatan data protokal temubual terhadap amalan
pelaksanaan yang perlu ada pada pensyarah . Berdasarkan jadual tersebut menjelaskan dimensi amalan
pelaksanaan yang kerap dinyatakan ialah penyeliaan. Manakala latihan dan aktiviti / program sukan
tidak mendapat persetujuan pakar 2 dan belian memaklumkan penyeliaan merangkumi aspek latihan
dan aktiviti atau program sukan.
Berdasarkan analisis-analisis yang telah dilakukan seperti yang dinyatakan di atas, pengkaji telah
mengenal pasti dapatan yang menjurus kepada pembentukan 11 dimensi konstruk yang terkandung
dalam 4 konstruk yang dibina. Pembentukan item instrumen dilakukan berdasarkan kepada konstruk
dan dimensi yang telah dihasilkan.
Konstruk dan dimensi ini telah disemak oleh dua orang pakar dan memberi persetujuan tentang
konstruk dan dimensi. Menurut Cohen bagi penyelidikan kualitatif memadai 2 orang penyemak yang
pakar dalam kaedah penyelidikan kualitatif dan pengurusan risiko . Dalam kajian ini nilai persetujuan
diperolehi adalah K= (20-11)÷(22-11) = 0.82
Dapatan nilai pekali Kappa secara keseluruhannya adalah 0.82, iaitu menunjukkan tahap persetujuan
yang sangat baik .
7
8
6.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya dapatan dari analisis dokumen dan protokol temu bual membuktikan komponen
utama amalan pengurusan risiko sukan pensyarah adalah pengenalpastian, penilaian, pemilihan operasi
dan pelaksanaan. Konstruk yang dihasilkan juga mempunyai kebolehpercayaan indeks persetujuan pakar
yang tinggi.
RUJUKAN
Abdul Rahim, A. A. (Ed.). (2006). Kursus Perguruan Lepas Ijazah Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum.
Selangor: Fajar Bakti.
Abdul Razak, M. N., Ismail, C.I. dan Panting, A.J. (Ed.). (2009). HBPE3203 Kebersihan dan Keselamatan
Persekitaran. Open University Malaysia : Selangor.
Aman, M. S., Ed. (2006). Asas Pengurusan Sukan. Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya .
Ang, K.K (2007). Kompetensi Setiausaha Sukan Dan Amalan Pengurusan Risiko Dan Keselamatan
Program Sukan Sekolah Menengah Di Malaysia. Universiti Putra Malaysia,Thesis PhD.
Berlonghi, A. (1990). The special event risk managenment manual. Dana Point: CA:Author.
Che Lan, N. (2009), HBPE2103 Program Bersepadu Sekolah Sihat. Selangor : Open
University
Malaysia
Clement, A. (1998). Law in sport and physical activity. 2nd.ed. Tallahassee, FL: Sport and Law Press.
Comer, R. J. (1998). Abnormal Psychology. New York: W. H. Freeman and Company.
Daroji, I & Chia, C.M.(2012) Pendidikan Luar. Selangor : Multimedia
Fuller ,C.W (1999). Safety in Sport : Guidance for UK National Governing Bodies. UK sport
Hassan , A.(2009). Instrumen Penilaian Pembimbing dalam pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Kerja
(PBK) Pelajar di Industri. Universiti Teknologi Malaysia. Thesis PhD.
Harun, M.T. et.al (2012). HBPE1203 Kecergasan Fizikal. Selangor: Open University Malaysia.
Head, G. L., & Horn II, S. (1991). Essentials of risk management. Malvern, PA:
Insurance Institute of
America.
Kaiser, R. A. (1986). Liability and law in recreation, parks, and sports. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Kassim, M.(2012). The Acquisition of Knowledge by the Coaches : Can Qualitative Approach Help? JSSPS
Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani. Jilid 1 Mei 2013.
Keehan, Alyssa S. (2009) . Managing Risk in College Athletics. The Chronicle of Higher Education (Nov 22,
2009).
KPM, (2012) . Konsep dan Manual Sekolah Selamat : Panduan Pelaksanaan menjadikan Sekolah,
Komuniti dan Keluarga Selamat untuk Kanak-Kanak. Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Laroche, D.B and Corbett, R. (2010). Risk Management Guide for community sport organizations.
Canada, 2010 Legacies Now.
Mohd. Mahdzir, A (2009). Penerokaan Ciri-ciri Psikometrik Instrumen Pentaksiran Pemikiran Kritis
Malaysia (IPPKM) dan Model Pemikiran Kritis Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Tesis PhD.
Nord, N., & Moore, T.H. (2008). CPSC Releases the “Top Five Hidden Home Hazards” Popular Magnetic
Toys on the List of Deadly Dangers. Consumer Product Safety. Review WINTER 2008.Vol. 12, No.
1
Rejda G.E. (2011). Principles of Risk Management and Insurance. 11th.ed . New Jersey : Pearson. ms 4356.
8
9
Sang, M.S. (2008) Siri Pendidikan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan Pengajaran & Pengajaran untuk
Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Gred DGA34, DG44&DG48 (KUP). Selangor :Multimedia.
Sang, M.S. (2011) Pengurusan Kokurikulum , Multimedia Selangor.
Slade, D. (2010). Transforming Play:Teaching Tactics and Game Sense.United State:Human Kinetics
Sekendiz, B. (2011). An Investigation of risk management practice in the Health and fitness Facilities
in Queensland : minimizing the likelihood of legal Liability. Bond University : Tesis Ph.D.
Sulaiman, S.B. (2010) . HBPE 4303 Pengurusan Sukan dalam Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur ; Open
Universiti Malaysia.
Teng Boon Tong (2005). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kursus Diploma Perguruan
Malaysia. Selangor : Longman.
Tie Fatt Hee (2004) Liabiliti dalam Pengurusan Pendidikan.Kuala Lumpur : Utusan Publication.
Thomas, G. (2010). Facilitator, Teacher, or Leader? Managing Conflicting Roles in Outdoor Education
The Journal of Experiential Education 32. 3
Thomas M. G. (2012) The Study of the Southeast Athletic Trainers' Association (SEATA) District IX
Athletic Trainers' Perceptions of the Need for Mandated Continuing Education Units in Risk
Management Policies and Procedures. United State Sports Academy. Thesis PhD.
Utusan Malaysia (2011) . Pelajar Maut di Hempap Tiang Gol. 20 September 2011.
Van der Smissen, B (1996). Tort Liability and Risk Management, dalam Parkhouse, B.L. (1996). The
Management of Sport. 2nd.ed. United State: Mosby. Ms 164-183
Wong, H.C. & Chen, C.C. (2010). Improvement of the Safe Environment of American University Indoors
Sports Facilities of Research. The Journal of Human Resourse and Adult Learning. Vol.6. Num. 1,
June 2010
Zimmerman, E.P.(2007). Risk Managenment Practice of Collegiate Athletic Trainers : An Examination of
Policies and Procedures. Thesis PhD. University Huntington, West Virgina.
Maklumat Pembentang :
Nama : Fatimah Mustaffa (IPGM) dan Ahmad bin Esa ( UTHM)
Email : [email protected]
Alamat : Jabatan Pendidikan Jasmani , IPG Kampus Perempuan Melayu, Jalan Maktab 75900
Durian Daun, Melaka.
Telefon : 06-2822519 (O)
019-7175714 (hp)
9

Benzer belgeler

UiTM kuasai Masum 2 - Universiti Putra Malaysia Institutional

UiTM kuasai Masum 2 - Universiti Putra Malaysia Institutional man tapUniversiti untuk muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) fasa dua di Universiti Tun Hussein ann Malaysia

Detaylı